PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH


PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (pengkhianatan). Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata "Kr" yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan karmapala bermaksud perbuatan atau tingkah laku.

Phala yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari Panca Srada (Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan: "Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, nescaya tercapailah segala apa yang diusahakan dan akan memperolehinya." 

Dalam Kekawin Ramayana Sargah 1 bait nombor 4: "Nafsu (Sad Ripu) adalah musuh yang terdekat, ia terletak di dalam hati dan berada di dalam badan. Nafsu tidak ada dalam diri beliau hanya keberanian, kebijaksanaan dan pengetahuan politik." Ramayana Sargah berkata "Apa yang kamu tanam maka itulah yang akan kamu tuai." Hukum karma diambil daripada buah pemikiran, bercakap perkataan yang tidak baik menyebabkan orang yang tidak bersalah menghadapi derita.


Comments

Popular posts from this blog

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PUNCA BERLAKU FITNAH