Posts

Showing posts from July, 2017

RUJUKAN

RUJUKAN 1.                   dakwahjunior96.blogspot.my 2.                   dibgirls14.blospot.my/2016/08/pandangan-pelbagai-agama-mengenai-fitnah.html 3.                   blog-fitnah.blogspot.my/2016/08/komunikasi-dan-penyiaran-islam.html

KESIMPULAN

KESIMPULAN Fitnah merupakan sesuatu perkara yang sangat berbahaya. Hal ini disebabkan, perbuatan fitnah akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Luka yang digoreskan atau ditusukan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Fitnah dapat merosakkan hubungan silaturrahim, memporak perandakan institusi kekeluargaan dan institusi kemasyarakatan. Justeru itu, fitnah merupakan bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu berpaksikan pada kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Mereka yang suka memfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan mengikut kehendak hawa nafsu dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Pemikiran dan otaknya dikotori dengan prasangka buruk. Setiap kehidupan seharian mereka akan berasa sulit, sukar menerima kebenaran dan sering merasa dirinya paling benar. Kebahagiaannya di atas penderitaan orang lain. Aqidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan dunia semata-mata. Rasullah S.A.W. bersabda, "Aku tidak khuatir kalian miskin, tetapi aku khuatir (kalia

CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA PENYEBARAN FITNAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT

CADANGAN UNTUK MENGELAKKAN BERLAKUNYA PENYEBARAN FITNAH DALAM KALANGAN MASYARAKAT Antara cadangan untuk mengelakkan berlakunya penyebaran fitnah dalam kalangan masyarakat ialah dengan menghadirkan diri dalam majlis-majlis ilmu. Terdapat banyak majlis ilmu yang boleh dihadiri pada waktu lapang dan juga majlis-majlis ilmu yang memberi manfaat dalam kehidupan seharian. Kita juga boleh menimba ilmu yang baharu seperti akidah, hukum, dan lain-lain. Keduanya akan memberi hasil yang baik apabila kita rajin bertanya jika terdapat sebarang keraguan atau salah faham mengenai ilmu yang dipelajari. Terdapat ramai Ustaz dan para Ulama yang boleh dihubungi melalui alat telekomunikasi (telefon, media sosial) atau dengan bersua muka bertemu dengan mereka. Ketiga, kita juga digalakkan membaca buku yang memberi banyak manfaat kepada diri sendiri dan tidak mensiakan masa yang terluang dengan membuat perkara yang tidak berfaedah. Di zaman era globalisasi ini, kita boleh memiliki buku-buku tersebut

KESAN FITNAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEMASYARAKATAN

KESAN FITNAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEMASYARAKATAN Terhadap keluarga Apabila berlakunya fitnah dalam sesebuah kekeluargaan, secara tidak langsung akan berlaku pergolakan di dalam rumah tangga tersebut dan akan menyebabkan kerenggangan hubungan kekeluargaan. Hal ini jika dibiar berterusan tanpa dibendung akan menghancurkan institusi kekeluargaan. Antara perkara yang sering berlaku disebabkan oleh fitnah ialah, sukar memahami antara satu sama lain, hubungan antara keluarga tidak tenteram, akan menimbulkan sifat dendam, tidak mesra, sering bertelagah, berlaku kekasaran, pukul antara satu sama lain, berlaku penceraian antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain. Terhadap masyarakat Kesan fitnah terhdap masyarakat sering berlaku di dalam bangsa dan agama. Fitnah akan menyebabkan berlakunya perselisihan fahaman dan salah tanggapan dan hal ini menyebabkan keruntuhan institusi kemasyarakatan. Sikap yang tidak baik di dalam hubungan kemasyarakatan ianya

PUNCA BERLAKU FITNAH

PUNCA BERLAKUNYA FITNAH 1.                   Di dorong oleh sifat mazmumah seperti tamak, iri hati dan mementingkan diri sendiri.  2.                   Di dalam kehidupan seharian, seseorang itu lebih mengutamakan kedudukan dan keduniaan (harta benda) melebihi kepentingan agama. 3.                   Mengikut hawa nafsu dan niat yang tidak baik. 4.                   Tidak meletakkan Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. teratas di dalam kehidupan seharian. 5.                   Terlalu cuai dan melampau. 

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH Fitnah merupakan Dasa akusala kammapatha yang akan menimbulkan akibat yang berat apabila sering dilakukan secara berulang-ulang. Pekat tidaknya kekotoran batin yang muncul dan kuat tidaknya usaha yang ditempuh juga mempengaruhi akibat dari omong kosong (Sanjiva Putta,1990:31). Ucapan seharusnya tidak dikuasai dengan pikiran-pikiran yang jahat seperti ketamakan, kemarahan, kecemburuan, kesombongan, atau egoisme. Ucapan yang dapat menghambat ketenangan dan pemikiran benar, silat lidah membawa pada semua jenis pembicaraan yang salah. Buddha mengatakan: “Para bhikkhu terdapat lima kerugian dan bahaya dalam ucapan salah: pembicaraan yang silat lidah, mengeluarkan kata dusta, fitnah, berbicara kasar, dan omong kosong, setelah meninggal dunia akan dilahirkan kembali di alam kehidupan yang” menyedihkan (A.III.254).  Konsep Samphappalapa Samphappalapa merupakan dasa akusala kammapata, omong kosong termasuk perbuatan jahat yang dilakukan oleh uca

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH Maksud hukum dalam agama hindu adalah ketentuan atau peraturan-peraturan yang harus diatasi oleh manusia, serta memberikan hukuman kepada seseorang yang melanggarnya baik itu berupa hukuman denda, disebut oleh orang dursila (pengkhianatan). Karma berasal dari bahasa Sanskrit dari urat kata "Kr" yang bermaksud membuat atau berbuat, maka dapat diertikan  karmapala  bermaksud perbuatan atau tingkah laku. Phala  yang bermaksud buah atau hasil. Maka dapat disimpulkan Hukum Karma Phala bermaksud suatu peraturan atau hukuman dalam suatu perbuatan. Salah satu dari  Panca Srada  (Enam Kepercayaan Agama Hindu) di antaranya adalah hukum karma phala dimana hukum karma phala ini merupakan etika yang bermaksud bahawa umat agama Hindu percaya akan hasil dalam suatu perbuatan. Dalam Sarasamuscaya seloka 17 disebutkan:  "Segala orang (baik golongan rendah, sederhana, atau tinggi) selama dia bekerja akan mendapat kesenangan dalam hatinya, n

PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH Dalam pandangan agama kristian fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata:  "Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?"  (Yak 4:1) Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai:  "perbuatan daging" antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan kepentingan diri sendiri,  (bdk.Galatia 5:20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Peristiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat. Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturrahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maks

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya:  "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud: iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:  "dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacauan, nescaya mereka mengerjakan; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Azhab: ayat 14) Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud:  "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat, ayat 6)  A

MAKSUD FITNAH

APAKAH ITU FITNAH? Fitnah dari segi bahasa dan istilah: ↳ Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata  "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."    ↳ Fitnah dari segi istilah adalah  "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu." Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu ataupun fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial

OBJEKTIF

OBJEKTIF 1.                   Menjelaskan pengertian tentang fitnah dari segi istilah. 2.                   Mengenal pasti pandangan dari pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah. 3.                   Menjelaskan punca timbulnya fitnah. 4.                   Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah terhadap institusi kekeluargaan dan           institusi kemasyarakatan.  5.                   Menyatakan cadangan bagi mengurangkan fitnah yang semakin berleluasa di dalam masyarakat. 

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbil' alamin, kami melafazkan penuh rasa kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami siapkan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK SAIFUL NIZAM BIN MUHKTAR iaitu Pensyarah kami bagi subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022), di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar kepada kami berkaitan tugasan ini. Di samping itu, beliau juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang kami timba sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominanya perana Mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

PANDANGAN FITNAH DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN

Image
DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM TAJUK FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA NAMA PENSYARAH  SAIFUL NIZAM BIN MUKHTAR NAMA PELAJAR MUHAMA HAFIZUDDIN BIN MOHD LIZAM  (02DTM15F1104) KHAIRUL ANWAR BIN IBRAHIM                      (02DTM15F1084) AVINAASH REDDY A/L RAJA                              (02DTM15F1064)