PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH


PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH

Dalam pandangan agama kristian fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata: "Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?" (Yak 4:1) Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai: "perbuatan daging" antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan kepentingan diri sendiri, (bdk.Galatia 5:20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Peristiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat.

Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturrahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maksud yang berbeza. Melalui ayat 11.a: "memfitnah saudaranya sendiri atau menghakiminya". Melalui ayat ini kita dapat mentafsirkan bahawa janganlah kita menghakimi sesuatu tanpa bukti yang nyata. Dalam ayat 11.b: perbuatan itu dianggap sebagai "mencela hukum dan menghakiminya". Yang dimaksud dengan memfitnah di sini adalah: mencela orang (baik di depan ataupun di belakang) kerana ia tidak sesuai dengan prinsip hidup kita.

Melalui dua ayat tersebut, kita dapat melihat bahawa dari maksudnya ia berkaitan dengan hal "memfitnah" dan "menghakimi". Perkataan "memfitnah" muncul 3 kali, dan kata "menghakimi" muncul sebanyak 4 kali dan kata "hakim" muncul 2 kali. Kita seharusnya tidak menghakimi dan memfitnah. Kata "fitnah" dapat diertikan sebagai berkata hal yang tidak baik tentang seseorang tanpa pengetahuan orang tersebut. Berita yang disampaikan akan menjadi betul, ataupun salah.


Yesus tidak suka dengan perbuatan menghakimi. Didalam kitab Injil (Mat 7:1-5) dengan teliti (terutama ayat 5), Yesus memperingatkan kita bahawa menghakimi orang lain adalah dosa besar di mata Allah dan kita tidak boleh menghakimi orang lain secara sendiri. Dalam ayat 5: oleh Yakubus mengatakan Yesus menyuruh kita untuk membuang dahulu kesakitan yang ada di mata kita sebelum membuang selumbar di mata orang lain.

Comments

Popular posts from this blog

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PUNCA BERLAKU FITNAH