KESIMPULAN

KESIMPULAN

Fitnah merupakan sesuatu perkara yang sangat berbahaya. Hal ini disebabkan, perbuatan fitnah akan menimbulkan pelbagai kesan negatif. Luka yang digoreskan atau ditusukan oleh fitnah lebih tajam daripada pedang. Fitnah dapat merosakkan hubungan silaturrahim, memporak perandakan institusi kekeluargaan dan institusi kemasyarakatan. Justeru itu, fitnah merupakan bentuk kezaliman yang ditegaskan atas tiga perkara iaitu berpaksikan pada kedustaan, kedengkian dan kemunafikan. Mereka yang suka memfitnah ini berjalan dengan baju kesombongan mengikut kehendak hawa nafsu dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Pemikiran dan otaknya dikotori dengan prasangka buruk. Setiap kehidupan seharian mereka akan berasa sulit, sukar menerima kebenaran dan sering merasa dirinya paling benar. Kebahagiaannya di atas penderitaan orang lain. Aqidahnya dijual hanya untuk memperolehi kesenangan dunia semata-mata. Rasullah S.A.W. bersabda, "Aku tidak khuatir kalian miskin, tetapi aku khuatir (kalian mendapatkan) dunia (lalu) kalian bersaing dalam urusan dunia itu". (HR. Ahmad). Kita harus berhati-hati dan sentiasa berwaspada terhadap fitnah mahupun terhadap orang yang suka menabur fitnah. Hal ini kerana, mereka tergolong dalam kalangan orang yang munafik, kufur nikmat dan berpotensi menjadi pengkhianat. 


Comments

Popular posts from this blog

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PUNCA BERLAKU FITNAH