KESAN FITNAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN DAN INSTITUSI KEMASYARAKATAN
KESAN FITNAH TERHADAP INSTITUSI KEKELUARGAAN DAN
INSTITUSI KEMASYARAKATAN
Terhadap keluarga
Apabila berlakunya
fitnah dalam sesebuah kekeluargaan, secara tidak langsung akan berlaku
pergolakan di dalam rumah tangga tersebut dan akan menyebabkan kerenggangan
hubungan kekeluargaan. Hal ini jika dibiar berterusan tanpa dibendung akan
menghancurkan institusi kekeluargaan. Antara perkara yang sering berlaku
disebabkan oleh fitnah ialah, sukar memahami antara satu sama lain, hubungan
antara keluarga tidak tenteram, akan menimbulkan sifat dendam, tidak mesra,
sering bertelagah, berlaku kekasaran, pukul antara satu sama lain, berlaku
penceraian antara suami isteri, kehilangan anak dan lain-lain.
Terhadap masyarakat
Kesan fitnah
terhdap masyarakat sering berlaku di dalam bangsa dan agama. Fitnah akan
menyebabkan berlakunya perselisihan fahaman dan salah tanggapan dan hal ini
menyebabkan keruntuhan institusi kemasyarakatan. Sikap yang tidak baik di dalam
hubungan kemasyarakatan ianya perlu diatasi agar masalah ini tidak berleluasa
secara drastik. Selain itu, masyarakat akan menjadi tidak bermuafakat, tidak
ada kerjasama dalam aktiviti kejiranan, sukarelawan, perbalahan antara komuniti,
saling memburukkan antara pelbagai pihak, wujudnya jurang sosial yang luas,
pergaduhan, kecurian, rompakan, pembakaran kawasan penduduk, persekitaran yang
tidak tenteram, porak-peranda dan lain-lain. Fitnah juga boleh menyebabkan
pertelingkahan yang mempunyai unsur-unsur fitnah, salah faham dan tuduh-menuduh
tanpa usul periksa. Kesannya, hubungan perkauman menjadi huru-hara serta boleh
berlaku peperangan bunuh membunuh sehingga menumpah darah.
Comments
Post a Comment