PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH

Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya: "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193) bermaksud: iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman: "dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacauan, nescaya mereka mengerjakan; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Azhab: ayat 14)

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud: "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat, ayat 6) Allah S.W.T menegaskan bahawa wajib kepada kita mengenali terlebih dahulu sikap si pembawa berita. Jika orang yang membawa berita itu sudah dikenali dengan perangai buruknya maka harus kita tolak berita yang dibawanya. 

Namun istilah fitnah lebih banyak diucapkan apabila seseorang manusia mengalami sesuatu bala atau dugaan di dalam hidup mereka. Kebanyakan mereka terpedaya dalam jalan kesesatan daripada mengikut jalan yang lurus. Maknanya apabila fitnah tersebut telah menimpa seseorang, ia akan terpedaya dalam kesesatan serta menyimpang dari kebenaran dan petunjuk. Oleh itu, kita mestilah bersabar dalam menghadapi apa jua ujian yang mendatang kerana ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya kerana kita dapat menghadapi dengan baik mengikut kemampuan seseorang. Fitnah adalah disebabkan perasaan hasad dengki yang ada di dalam hati. Dengki melihat orang sekeliling mempunyai kelebihan yang ada dalam kehidupan iaitu berjaya dalam kehidupan, mempunyai harta yang banyak, disukai ramai orang dan lain-lain lagi. Oleh itu, penyakit hati ini perlu dirawat dengan sebaiknya.

Kesan fitnah dalam diri masyarakat akan menjadi buruk jika fitnah yang ditaburkan tanpa selidik dahulu akan menyebabkan negara menjadi sungguh dahsyat, bukan saja nama orang yang difitnah itu mendapat aib, tetapi juga boleh menyebabkan terjatuhnya sesebuah negara, akibat daripada fitnah.

Sebagai manusia biasa sudah tentu kita mempunyai banyak kelemahan dan kesalahan, oleh itu lebih baik kita memperbaiki diri kita, sambil mohon keampunan atas segala dosa yang telah dilakukan oleh kita. Masih belum terlambat lagi untuk melakukan perubahan dan memohon petunjuk dari Allah S.W.T. Tinggalkan sifat suka mencari kesalahan orang lain, kerana sifat manusia mempunyai kekurangan tersendiri, semua manusia tidak sempurna kecuali Allah. Kita perlulah buang yang keruh dan ambillah yang jernih, untuk kebahagiaan dan keselamatan kita dan keturunan kita dikemudian hari. 


Comments

Popular posts from this blog

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PUNCA BERLAKU FITNAH