MAKSUD FITNAH



APAKAH ITU FITNAH?
Fitnah dari segi bahasa dan istilah:
Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."
  
Fitnah dari segi istilah adalah "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu."

Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak.

Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu ataupun fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial yang mempunyai ramai pengikut seperti facebook, twitter, instagram dan whatsapp antara punca fitnah disebar dengan begitu pantas. Fitnah juga boleh dikembangkan antara satu pihak bertelagah dengan pihak lain dengan hanya menjadikan habuan atau keistimewaan sebagai janji atau upah kepada pihak yang terlibat aktiviti berfitnah. 

Dalam agama Islam mahupun kepercayaan agama lain, fitnah dianggap perbuatan yang berdosa yang boleh membawa kepada kemungkaran dan kerosakan yang nyata apabila dibiarkan tanpa dilindungi dan dikawal dari terus terjadi

Comments

Popular posts from this blog

PANDANGAN AGAMA HINDU TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA BUDDHA TERHADAP FITNAH

PUNCA BERLAKU FITNAH