Posts

PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA KRISTIAN TERHADAP FITNAH Dalam pandangan agama kristian fitnah merupakan penyakit hati yang mengikut hawa nafsu, pujukan syaitan, tidak percaya kepada diri, iri hati dengan orang lain dan tidak mensyukuri nikmat daripada pencipta. Rasul Yakobus berkata:  "Dari manakah datangnya persengketaan dan pertengkaran di antara kamu? Bukankah datangnya dari hawa nafsumu yang saling berjuang di dalam tubuhmu?"  (Yak 4:1) Rasul Paulus dalam surat Galatia mengatakan ia tergolong di dalam kitab sebagai:  "perbuatan daging" antara lain perselisihan masyarakat, iri hati dan kepentingan diri sendiri,  (bdk.Galatia 5:20). Ini adalah penyakit manusia sejak dari zaman Adam (band. Peristiwa Kain dan Habel) yang perlu diambil berat. Akibat daripada fitnah itu sangat bahaya dan merugikan dalam sesuatu masyarakat ia dapat memutuskan tali silaturrahim, merugikan orang lain dan diri sendiri, perpecahan masyarakat. Dalam kitab (Yak 4:11-12) mengatakan mempunyai maks...

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH

PANDANGAN AGAMA ISLAM TERHADAP FITNAH Maksud fitnah adalah dugaan dan ujian. Allah ada berfirman dalam kitab-Nya:  "Dan perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi dan (sehingga) ketaatan itu hanya semata-mata untuk Allah" (surah Al-Baqarah: ayat 193)  bermaksud: iaitu perangilah mereka sehingga tidak ada lagi syirik dan kekufuran. Dalam ayat lain Allah berfirman:  "dan Kalau (Yathrib) diserang dari segala penjuru dan mereka diminta agar membuat kekacauan, nescaya mereka mengerjakan; dan hanya sebentar sahaja mereka menunggu." (surah Al-Azhab: ayat 14) Di dalam Al-Quran, Allah berfirman bermaksud:  "Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa satu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat, ayat 6)  A...

MAKSUD FITNAH

APAKAH ITU FITNAH? Fitnah dari segi bahasa dan istilah: ↳ Fitnah dalam bahasa arab bermaksud ujian dan cabaran, Imam Ibnu Hajar berkata asal makna kepada fitnah ialah ujian. Manakala, Ibnu Manzur Al-Azhari dan yang lain berkata  "asal makna fitnah adalah ujian dan dugaan."    ↳ Fitnah dari segi istilah adalah  "perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu." Fitnah merupakan satu bentuk komunikasi yang dilakukan secara percakapan atau penulisan yang bertujuan untuk memberikan kesan negatif atas sesuatu peristiwa yang dilakukan oleh pihak lain, ia berdasarkan atas fakta palsu atau tidak sahih yang dipengaruhi oleh sifat buruk sangka, obses atau menjatuhkan nilai reputasi seseorang atau sesuatu pihak. Terdapat banyak medium yang digunakan bagi menabur khabar palsu ataupun fitnah kepada sesuatu pihak. Ia boleh dilakukan secara pertuturan atau berbisik antara seseorang dengan seseorang yang lain. Menggunakan media sosial ...

OBJEKTIF

OBJEKTIF 1.                   Menjelaskan pengertian tentang fitnah dari segi istilah. 2.                   Mengenal pasti pandangan dari pelbagai kepercayaan agama terhadap fitnah. 3.                   Menjelaskan punca timbulnya fitnah. 4.                   Mengetahui kesan buruk berlakunya fitnah terhadap institusi kekeluargaan dan           institusi kemasyarakatan.  5.                   Menyatakan cadangan bagi mengurangkan fitnah yang semakin berleluasa di dalam masyarakat. 

PENGHARGAAN

PENGHARGAAN Alhamdulillah hirrabbil' alamin, kami melafazkan penuh rasa kesyukuran kehadrat Ilahi dengan limpah dan kurniaNya, dapat kami siapkan e-folio ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada ENCIK SAIFUL NIZAM BIN MUHKTAR iaitu Pensyarah kami bagi subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam (DUA 6022), di atas kesudian beliau memberi tunjuk ajar kepada kami berkaitan tugasan ini. Di samping itu, beliau juga banyak membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini. Pelbagai ilmu yang kami timba sepanjang menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominanya perana Mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.

PANDANGAN FITNAH DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN

Image
DUA 6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM TAJUK FITNAH ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR DAN KESALAHAN DALAM SEMUA KEPERCAYAAN. JELASKAN PANDANGAN DARI PELBAGAI KEPERCAYAAN AGAMA NAMA PENSYARAH  SAIFUL NIZAM BIN MUKHTAR NAMA PELAJAR MUHAMA HAFIZUDDIN BIN MOHD LIZAM  (02DTM15F1104) KHAIRUL ANWAR BIN IBRAHIM                      (02DTM15F1084) AVINAASH REDDY A/L RAJA                              (02DTM15F1064)